1. Perempuan bodoh
Bodoh dalam konteks yang aku gunakan ini bukanlah bodoh dalam pelajaran
tapi suka membuat diri kelihatan bodoh depan khalayak ramai. Antara
perkara yang boleh dikatakan bodoh adalah tergelak kuat kuat, gelabah
kerbau, berpakaian seperti Lady Gaga dan sebagainya. Sememangnya tak
salah jadi lain dari yang lain tapi tengok keadaan la. Kalau orang lain
dah kata ”macam bodoh je” maknanya adalah yang tak kena.
2. Perempuan gedik
Yang ni bukan setakat lelaki saja yang tak minat tapi perempuan pun sama
menyampah. Kalau berjalan pun over sangat. Tak tahulah kenapa.
Selalunya pelaku gedik ni anak perempuan yang dimanjakan ibubapa, hidup
dalam kemewahan atau mahu lelaki mengelilingi mereka. Jika yang
mengelilingi mereka tu lelaki baik okey la sikit tapi semuanya nakkan
sesuatu. Faham faham saja lah.
3. Perempuan perasan cantik
Yang ni paling aku menyampah. Kalau yang betul betul cantik tu tak
payahlah dihebohkan kecantikan tu. Bukannya orang lain tak nampak. Jelas
depan mata kan? Inikan tidak. Untuk tambah cantik tu, pakai lagi seksi
seksi. Siap promo dekat status facebook lagi tu. Lelaki ni memang suka
perempuan macam ni tapi bukan nak buat isteri tapi saja nak main main.
Dan ada juga yang tak cantik tapi perasan diri tu hot. Pernah sekali
jumpa seseorang dekat hentian bas. Dahlah gemuk, hitam pula tu. Lepas tu
diwarnakan pula rambutnya. Memang macam afrika. Sepatutnya bila dia dah
sedar muka tak market, tak payahlah perasan lawa. Lelaki straight pun
boleh jadi gay kalau ditakdirkan hidup dengan perempuan macam tu.
4. Perempuan banyak membebel
Lelaki mana suka bakal isteri membebel? Aku dengar cikgu arbayah
membebel dekat sekolah dulu pun dah naik pitam. Pening lelaki tu bila
seseorang perempuan tu panjangkan sesuatu isu tu berkali ganda dari
sebenarnya. Bila waktu exam tak nak pula mereka tulis panjang panjang.
Kadang kadang sampai sejam line telefon si lelaki sibuk dengan khutbah
jumaat si perempuan. Pening lelaki tu. Jadi, si lelaki pun berfikir
”jika begini la keadaannya sebelum kahwin, sebelum dapat anak, mesti
lepas kahwin kena buat pembedahan telinga”.
5. Perempuan banyak bekas
Jika seseorang perempuan itu banyak bekas pasangannya selalunya dia
merupakan seseorang yang tidak setia kepada pasangan. Asyik bertukar
sahaja. Oleh itu, akan terdapat 2 pendapat si lelaki terhadap
kemungkinan yang bakal berlaku selepas berkahwin. Pertama adalah
perkahwinan akan berakhir dalam tempoh masa kurang 3 tahun. Kedua, si
isteri akan main kayu tiga dengan lelaki lain manakala rumahtangga asyik
berperang.
6. Perempuan yang kuat cemburu.
Jika diikutkan keadaan sebenar, lelaki lagi kuat cemburu. Tapi ada juga
perempuan begitu. Apabila melihat si lelaki keluar dengan seorang
perempuan lain mulalah si perempuan menuduh. Kadang kadang apabila si
lelaki berpimpin tangan dengan seorang perempuan tua buta melintas jalan
pun boleh jadi kes. Adakah patut? Jika cemburu sangat cari lah dahulu
saksi atau bukti.
7. Perempuan yang memang sudah terserlah kejahatannya
Kalau perempuan tu merokok, minum arak dan ada kalanya mengaku sudah
bukan islam lagi maka memang bukan pilihan si lelaki lah untuk mereka
dijadikan isteri. Sekadar kawan mungkin ya. Jika peneman hidup, ”tak ada
maknanya”. Sebenarnya aku pernah bercinta dengan seseorang yang
mempunyai ciri ciri seperti diatas. Apabila dinasihatkan tidak pun mahu
dia mendengar. Siap promo agama baru dia lagi tu. Tak minat aku. Tak
sampai dua bulan berpisah.
8. Perempuan yang tak tahu buat kerja.
Apa rupanya bila seseorang perempuan tu tak tahu memasak, basuh baju,
menyapu dan sebagainya? Adakah si lelaki yang harus menjaga urusan
keluarga kelak manakala si perempuan yang mencari nafkah batin? Jika
tidak, maka nampaknya tunggang terbalik lah keadaan rumah. Bontot anak
bermekap kunyit kuning tidak berbasuh, kain pakai bersepah sepah dan
dapur tidak pernah berasap. Lelaki pun cari lagi satu.
9. Perempuan selekeh
Oleh kerana dulu aku ni selalu bersendirian di sekolah jadi aku selalu
la perhatikan perempuan. Kadang kadang tu banyak juga aku tengok
perempuan yang tak ada muka perempuan. Dengan tudung tak beriron, baju
ada sos, lengan ketiak pun ada hitam, geli aku tengok. Kalau budak
tingkatan satu tu okey lagi tapi ni dah nak masuk tingkatan lima. Dalam
hidup ni, tak lawa tak apa. Tapi jangan jadi selekeh. Tak kan si lelaki
nak dengar orang kampung kata ”bini si polan tu muka cam kerbau bala.
Berlumpur je setiap hari”?
10. Mahal sangat
Yang ni istimewa sikit sebab bukan semuanya salah perempuan. Jika kita
perhatikan sekarang ni, ramai betul perempuan yang nak dinikahkan dengan
hantaran kahwin yang tinggi. Selalunya bukan si perempuan yang minta
tapi ibubapa yang menggatal sangat nak menjual anak. Kadang kadang anak
tu dilelong sampai sepuluh ribu ringgit. Kalau anak tu sambung Master
okey lagi. Tapi belajar setakat form 4. SPM pun tak ambil. Harapkan muka
sahaja sebagai pakej. Adakah patut harganya mahal? Si bakal suami kalau
berkemampuan tidak apa tapi kerja setakat toreh getah. Jangan anak tu
jadi andartu sudah.
Post a Comment