Soalan : Saya
dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di
luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau
membunuh benih yang boleh menjadi anak?
Jawapan:
Perbuatan
mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan
dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari
mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata
seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ
“Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksud Jabir
mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa
al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh
al-Quran.
Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan.
Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung.
Namun oleh
kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d
al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama
memakruhkan perbuatan ini.
Di samping itu,
hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang
cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini
mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia
mencabutnya.
Perlu
diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang
kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya
(climax), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan
isteri.
Ini kerana
persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak
isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling
kuat kebanyakan ulama.
Sehingga
al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan
ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka
melainkan setelah mendapat keizinannya.
Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).
Di samping
perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang
kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah
diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini
rezeki Allah.
Jika disebabkan
keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka ia
diizinkan. Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan
tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama.
Ini jika
dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita
memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan
\
Post a Comment