Berikut merupakan tweet Twitter yang dipos oleh Ustaz Kazim Elias
seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi di Malaysia.
Dalam tweet beliau menyatakan 8 orang ulama‘ dunia telah bermimpi yang Dajjal Al-Masih sudah muncul.
Tidak diketahui
akan kesahihannya tetapi jikalau benar seperti apa yang dikatakannya,
orang Islam dikehendakkan membaca dan mengamalkan 10 ayat terawal dalam
Surah Al-Kahfi.
Antara usaha yang dapat dilakukan untuk melindungi diri dari terpedaya dengan fitnah Dajjal ialah:
Memantapkan
aqidah supaya dapat mengenali siapa ALLAH dan sifat-sifatNYA. Kerana
Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan banyak
tipu helah akan dilakukan bagi memesongkan iman dan aqidah manusia.
Beramal ibadah
dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh ALLAH subhanahu
wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam. Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita
lakukan, agar iman menjadi mantap.
Mengenali
sifat-sifat Dajjal melalui banyak hadith yang menerangkan nya. Tujuannya
supaya kita jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri dari
terjebak mengikuti dan mempercayainya.
Berdo’a kepada
ALLAH agar kita dilindungi dari fitnah Dajjal. Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai
tahiyyat akhir.
“Ya ALLAH,
sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab
kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah
al-Masih ad-Dajjal.” (Muttafaqun `alaih)
Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahfi.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.” (HR Muslim 809)
Mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa
membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara
hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar
Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” (Al-Dhurr
al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
Menjauhkan diri dari berjumpa dengan Dajjal jika mengetahui Dajjal sudah keluar.
Atau tinggal di Makkah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.
“Barang siapa
mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. DemiALLAH
ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman
lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang
menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)
“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah &Madinah.” (HR Bukhari)
Semoga ALLAH
`Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan kita
bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin.
\
Post a Comment