-
Terpaksa Kahwin Dengan Ako Mustapha?
Pertemuan yang
tidak dijangka, berkahwin pun tidak dijangka. Itulah yang dialami oleh
Kartina Abdullah bila bercerita tentang perkahwinannya bersama dengan
pelakon kacak, Ako Mustapha.
Membuka cerita
pertemuan mereka, segalanya berlaku secara kebetulan. Detik pertama
pertemuannya adalah ketika dia menghadiri sambutan hari jadi seorang
rakan.
“Kali pertama
bertemu kami hanya berkenalan begitu sahaja. Kali kedua berjumpa kami
terserempak ketika hendak pergi makan. Saya terkejut kerana dia masih
mengingati saya. Selepas itu kami bertemu lagi, juga di majlis hari jadi
rakan saya dan kali ini kami bertukar nombor telefon.
“Bermula
daripada situ yang kami mula mesej antara satu sama lain. Tetapi ketika
itu hanya di peringkat sebagai rakan sahaja dan tidak serius,”
jelasnya. Tambah Kartina, dua bulan selepas itu, Ako mengajaknya untuk
makan di sebuah restoran yang turut dihadiri oleh rakan-rakannya.
“Ketika
itu, dia cakap pada saya yang dia cintakan saya. Dia perkenalkan saya
sebagai teman wanitanya kepada rakan-rakan dia. “Ketika itu saya memang
tercengang, tetapi dia cakap dia serius. Selepas itu kami ada keluar
lagi tetapi tidak selalu ekoran jadual pengambaran ketika itu,” ujarnya.
Ketika itu, Kartina masih menganggap Ako sebagai seorang rakan dan
tidak lebih daripada itu, biarpun Ako sudah memberi petunjuk rasa
hatinya kepada wanita itu. Ako tekad untuk melamar Kartina ketika itu.
Dia
memberi alasan untuk berjalan-jalan di Sabah dan mahu menginap di rumah
keluarga Kartina di Sandakan, Sabah. Kedatangan Ako sebenarnya bukanlah
sekadar suka-suka. Sebaliknya dengan tujuan yang ikhlas untuk meminang
Kartina walhal wanita itu langsung tidak mengetahui tentang perkara itu.
“Dua hari dia berada di rumah saya, dia bertemu dengan ayah dan
beritahu yang dia mahu meminang saya. “Selama dua hari itu dia mengambil
hati keluarga sehingga ayah saya setuju.
Tetapi
saya ketika itu masih berbelah bahagi. “Malah, saya menangis ketika
mengetahui yang dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan saya tanpa
memberitahu terlebih dahulu,” ujarnya. Kartina ketika itu masih tidak
jelas dengan hubungannya dengan Ako apatah lagi mahu menjadi suri dalam
kehidupan lelaki itu. Berkali-kali dia cuba untuk memutuskan hubungan.
Malah, sehingga hari mahu diakad nikah, dia ada meminta mahu hubungan
itu diputuskan.
“Saya
ini jenis yang kalau ayah sudah suka, maka saya akan terima sahaja.
Tetapi dengan Ako, ia terlalu mengejut dan saya sendiri belum bersedia.
Bila saya hendak putus, ahli keluarga saya tidak setuju pula. Bapa
saudara saya terutamanya beritahu, jika saya berkahwin selain daripada
Ako, maka dia tidak akan terlibat dengan perkahwinan saya. “Ako ini
pandai sebab dia sudah ambil hati keluarga saya terlebih dahulu dan
seabab itu saya berkahwin dengan dia,” jelasnya.
Walaupun
berkahwin dalam keadaan terpaksa, hakikatnya rumah tangga mereka kini
sudah berusia enam tahun. Pasangan ini bertambah bahagia dengan kurniaan
dua anak perempuan, Merissa Tempawan, 5 dan Myra Fatimah, 3 tahun.
Dengan dia saya selamat Ako sedikit kekok untuk bercerita perihal rumah
tangganya. Rasa malu meninggi untuk berkongsi sesuatu yang romantis
barangkali.
Menurut
Ako, satu perkara yang dia cukup hormat dengan isterinya ialah
bagaimana wanita itu tidak berbicara perkara buruk mengenainya.
“Sepanjang berkahwin, dia tidak pernah memburukkan saya. Kalau ada pun
dia akan bercakap di hadapan saya.
“Dia
akan beritahu saya secara berhadapan supaya perkara itu jelas. Itu yang
bila saya bersama dengan dia, rasa akan lebih selamat,” jelasnya. Tiada
erti bahagia di awal perkahwinan. Itu antara kata-kata awal yang
bermain di fikiran Kartina tatkala memilih untuk mendirikan rumah tangga
bersama pelakon Ako Mustapha. Katanya, dia hanya mengambil masa untuk
mengenali suaminya itu selama setahun sebelum bertunang dan kemudian
melangsungkan pekahwinan pada 17 Januari 2009.
“Masa
mula-mula berkahwin memang tidak selesa. Saya jarang bertemu dengan Ako
masa bertunang. Kalau jumpa pun tiga bulan sekali sebab jadual
penggambaran dia yang padat. “Itu yang bila berkahwin, saya seperti
terkena kejutan budaya. Kalau nak kata bahagia macam dalam cerita
dongeng itu, memang tidak ada.
Sampailah
kini. “Apatah lagi sehingga kini kami masih lagi mengenali antara satu
sama lain. Tapi dalam tidak bahagia itu, dapat juga dua anak,” katanya
berseloroh. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagu hubungan suami
isteri. Kartina mengakui, antara dia dan Ako sering saja berselisih
faham. Tetapi, selisih faham itu yang sebenarnya mengeratkan lagi
hubungan mereka. Daripada situ mereka sedar kekurangan masing-masing dan
cuba membaiki apa yang kurang. “Kalau nak cakap kami serasi, memang
tidak.
Tetapi
itulah cabaran yang mewarnakan lagi rumah tangga. Daripada situ yang
kita belajar tolak ansur antara satu sama lain,” jelasnya. Menariknya
tentang Ako yang sempat dikongsi Kartina ialah sifat yang digelarnya
sebagai suami mithali. “Masa saya pantang, Ako yang menjaga. Dia sendiri
pergi belajar macam mana mahu mengurut. Apa yang saya minta, semua dia
buat. “Sampaikan kini, kalau anak-anak tahu Ako ada di rumah, mereka
lebih selesa kalau bapanya yang buatkan susu, mandikan atau tukar
lampin,” jelasnya.
Post a Comment