Rasanya kalau
sebut nama dua pelakon lelaki popular ini, ramai peminat gilakan mereka.
Apatah lagi dikurniakan wajah kacak dan tubuh ‘sado’, wanita antara
majoriti peminat mereka.
Namun dalam ramai peminat memuji, ada juga yang membenci. Seorang
daripada mereka adalah teman Cik Pang yang meluat sangat dengan dua
pelakon lelaki ini.
Entah apa yang dibencikan sangat dengan mereka Cik Pang pun tak tahu,
hinggalah satu hari Cik Pang terbaca entri di laman sosial teman Cik
Pang.
Dalam entri itu, teman Cik Pang memuat naik gambar fotografi dua pelakon
itu bersama satu akhbar. Pada status, teman Cik Pang seolah-olah
memerli dua pelakon itu supaya jangan hipokrit, malah turut mengatakan
jangan sampai dia tunjuk bukti perbualan ala-ala menggoda lucah yang
ditujukan kepada teman Cik Pang di WhatsApp.
Selepas dipujuk, baru teman Cik Pang bercerita me-ngenai perangai dua
pelakon itu. Rupa-rupanya teman Cik Pang digoda pelakon lelaki itu yang
kini cuba membina nama di negara seberang.
Kata teman Cik Pang, entah macam mana, pelakon itu mendapat nombor telefonnya lalu menghubungi teman Cik Pang untuk berkenalan.
Kalau setakat berkenalan biasa, tidak mengapalah. Ini tidak, perbualan
si pelakon seolah-olah mengajak teman Cik Pang ke atas katil.
Masakan tak mengamuk teman Cik Pang sebab teman Cik Pang ni lelaki.
Rupa-rupanya kedua-dua pelakon itu sudah lama perhatikan teman Cik Pang
yang boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak di laman sosial.
Mungkin selepas dimaki hamun, baru pelakon kategori kaum Nabi Lut itu
berhenti menghubunginya. Ya lah, sebab sudah terkantoi tersalah menggoda
lelaki sejati.
Pesanan kepada dua pelakon itu, cukup-cukuplah bikin onar sebab dunia
hiburan ini tidak sebesar mana. Cik Pang sendiri pun sudah lelah dengar
cerita kalian sukakan lelaki sedari dulu. Insaflah ya.
Post a Comment