Seorang wanita di United Kongdom memfailkan perceraian terhadap
suaminya selepas lelaki itu membelasahnya pada malam pertama perkahwinan
mereka, Ogos tahun lalu.
Mengimbas
kembali kejadian tersebut, Amy Dawson, 22, dibelasah oleh Gavin
Golightly, 29, hanya kerana suaminya itu tidak dapat menanggalkan gaun
perkahwinan yang dipakainya.
Bermula dengan pergaduhan mulut, Gavin kemudiannya bertindak menolak wanita itu hingga jatuh ke lantai sebelum menyerangnya.
Akibatnya, Amy mengalami kecederaan termasuklah luka dan lebam di bahagian wajah dan dadanya.
Bagaimanapun, Gavin mendakwa dia berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut dan tidak menyedari tindakannya itu.
“Apabila dia
menyerang saya pada malam itu, saya sangkakan saya akan mati. Saya amat
takut kerana dia seolah-olah mahu membunuh saya.
“Selepas
serangan itu, dia meninggalkan bilik namun kembali semula untuk memukul
saya buat kali kedua. Saya kemudiannya berjaya melarikan diri dan
meminta kakitangan hotel supaya menghubungi polis,” katanya menerusi
laporan Mirror.
Mengakui hubungan mereka mula bermasalah selepas Amy mengandung, pasangan itu tetap meneruskan perkahwinan mereka.
“Saya sangkakan
perkahwinan itu akan mengubah hidup kami ke arah yang lebih baik. Saya
kecewa kerana ia berakhir dengan kejadian itu,” ujar Amy.
Gavin kini
diperintahkan mahkamah untuk menjalani kerja komuniti selama 24 bulan
dan dilarang menghubungi Amy selain perlu membayar ganti rugi kecederaan
kepada wanita itu.
Post a Comment