PERGH beraninya!
Itu tanggapan pertama penulis apabila melihat iklan pelacur yang disiarkan secara terbuka di sebuah apartmen di Kota Kinabalu, Sabah.
Iklan itu turut menyertakan gambar wanita yang dipercayai pelacur dengan keterangan perkhidmatan beserta harga promosi ditawarkan.
Dalam iklan yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Philip Golingai itu juga siap tertera nombor telefon bapa ayam yang menjaga pelacur-pelacur tersebut.
Hai, nampaknya modus perniagaan mereka sudah semakin berani melangkah ke hadapan apabila dengan sewenang-wenangnya menampal iklan di kawasan perumahan.
Cuba bayangkan kalau budak-budak baca, tak ke termangu-mangu dorang nak faham apa itu fingering massage, cumshot dan bbj semua tu!
Harap-harapnya iklan itu ditarik pihak berkuasa sebelum ianya bertapak di situ dengan lebih lama.

Post a Comment

 
Top