Sindiket
pelacuran yang beroperasi di sebalik premis rumah urut kini
mempromosikan khidmat seks melalui aplikasi wechat sebagai modus
operandi terbaru mereka bagi mendapatkan pelanggan.
Apa yang
membimbangkan, aplikasi wechat yang menjadi platform mereka untuk
menyenaraikan pelacur seperti ‘katalog’ boleh diakses oleh orang awam
tanpa sebarang sekatan dan kawalan.
Aktiviti tidak
sihat itu dikesan The Rakyat Post apabila beberapa gambar wanita
berpakaian seksi dengan aksi mengghairahkan boleh diterima di telefon
bimbit yang mempunyai akses aplikasi itu.
Seperti biasa,
helah yang dilakukan oleh sindiket ini ialah cuba ‘memancing’ pelanggan
dengan khidmat urutan badan secara tradisional yang akhirnya
berkesudahan dengan perlakuan seks.
Siasatan
mendapati, pengendali laman aplikasi Wechat itu mempromosikan khidmat
yang disediakan dengan meletakkan maklumat terperinci seperti lokasi
tempat mereka beroperasi.
Difahamkan,
pengiklanan seperti itu mampu menarik ramai pelanggan kerana bagi lelaki
hidung belang mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari
pemuas nafsu kerana kecanggihan telekomunikasi pada hari ini mampu
menghubungkan mereka terus bagi tujuan itu.
Menerusi penyamaran sebagai pelanggan The Rakyat Post menghubungi seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang dikenali sebagai Roy.
Roy berkata,
khidmat wanita yang disediakan olehnya sebagai pemuas nafsu disediakan
24 jam dan boleh dilanggan pada bila-bila masa.
Menurutnya, dia
hanya menjalankan aktiviti itu di sebuah hotel yang berdekatan dengan
sebuah pusat beli-belah di Seputeh dan pelanggan boleh membuat pesanan
wanita dari negara mana yang diingini.
“Saya ada
perempuan Melayu, Indonesia, Vietnam dan Thailand. Kamu mahu mana
satu..harga dari RM168 sampai RM200. Itu harga sudah sekali bayar dengan
bilik hotel tak perlu tambah wang lagi,” katanya.
Roy turut
menjelaskan, pelanggan tidak perlu bimbang kerana setakat ini aktiviti
yang dijalankannya tidak pernah diserbu pihak berkuasa dan meletakkan
jaminan selamat sekiranya menggunakan khidmat persundalannya.
Selain itu
katanya, pelanggan boleh berunding dengan pelacur yang dikehendaki
tentang cara bagaimana mereka mahu dilayani dan janjinya, wanita
berkenaan akan menuruti segala permintaan pelanggan untuk beraksi di
ranjang.
Pelanggan juga
katanya, boleh memilih sendiri wanita yang diingini kerana dia mempunyai
ramai pelacur yang dibawa masuk untuk bekerja dengannya.
Sementara itu,
seorang lagi bapa ayam yang dikenali sebagai Jack berkata, dia
menjalankan operasinya itu di sebuah premis di Shah Alam.
“Awak boleh
guna perempuan itu ikut harga pakej. Kalau kamu mahu, harga saya boleh
beri daripada RM168 untuk satu jam dan kalau harga pakej sekali dengan
urutan saya beri RM330. Lebih masa kamu boleh guna perempuan itu ikut
suka kamu.
“Saya jamin
kamu mesti puas hati dan mahu cari lagi lepas kamu dapat guna mereka.
Saya cuma sediakan perempuan terbaik untuk semua pelanggan saya,”
katanya.
Di sini timbul
persoalan berkenaan dengan penguatkuasaan yang dibuat oleh pihak
terbabit di mana, semua pihak tidak mengira umur boleh mendapatkan
khidmat persundalan ini tanpa sebarang kawalan.
Keadaan itu
dikhuatiri memberi pengaruh kepada masyarakat terutamanya golongan
remaja bawah umur yang cenderung untuk mencuba perlakuan tidak bermoral
ini.
\
Post a Comment