MENGAPA HAWA TERCIPTA KETIKA ADAM TIDUR? | Dikatakan
bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci.
Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan
cintanya.
Seandainya Hawa
diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam
akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan
membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur,
agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara
seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat
kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan
cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya
dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana
itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan
dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam
diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia
akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Adapun seorang
wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan
menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang,
seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Kedokteran
modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk
tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada
jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah
menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia
menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh
kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari
tulang rusuk yang bengkok!!
Dan wajib bagi
Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut,
sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki
berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia
akan mematahkannya.
Yang dimaksud
dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang
wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
\
Post a Comment