Hujung minggu yang lalu telah berlangsungnya satu majlis penyampaian anugerah di Asean International Film Festival and Awards (AIFFA) ke dua yang berlangsung di Kuching, Sarawak.
Apa yang menarik perhatian kami apabila gandingan Fazura serta Piolo Pascual berjaya mencuit hati setiap yang hadir. Alkisahnya apabila si Piolo iaitu aktor dari Filipina tersilap menyebut nama Fazura dengan nama Faruza. Namun, Piolo sempat memperbetulkan kesalahannya dengan memuji aktres itu. Nak cover la kot, haha.
Sejujurnya, Fazura memang sangat cantik pada malam itu dengan hanya fasyen kebaya merah hasil ciptaan Rizman Ruzaini. Menurut Piolo, sewaktu tiba di Kuching dia terlihat komersial ubat gigi Colgate dengan wajah Fazura sebagai duta yang diakuinya sangat cantik.
Fazura Dan Piolo Pascual Serasi Bersama
Fazura berkebaya merah hasil sentuhan Rizman Ruzaini
Mungkin dek kerana insiden itu, mereka dikatakan semakin rapat apabila ada sumber mendakwa pasangan serasi ini tidak berenggang dan menghabiskan masa bersama-sama selepas acara anugerah berakhir. Betul ke?
Walaubagaimanapun, mungkin ia hanya sekadar teman atau kenalan baru tetapi ramai peminat yang menginginkan pasangan ini menjalinkan hubungan lebih daripada kenalan biasa.Bagi kami, aktor Filipina ini memang kacak dan boleh tahan. Ada rasa getar gitu pabila melihatnya, haha.
Fazura Dan Piolo Pascual Serasi Bersama
Fazura & Piolo Pascual dikatakan serasi bersama
Namun, keadaan yang sebenarnya ialah Fazura juga merupakan salah seorang bintang di saluran E! Asia menyebabkan mereka berdua terpaksa menghabiskan masa bersama-sama bintang-bintang Filipina lain yang turut hadir seperti Sarah Lahbati, Raymond dan Richard Gutierrez walaupun majlis penganugerahan sudah berakhir.

Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top